KLANG – Tindakan berani seorang bapa terjun ke sungai bagi menyelamatkan anaknya yang terjatuh ketika memancing di Jalan Bukit Jati, Kampung Bukit Jati, di sini, berakhir dengan tragedi apabila lelaki itu dilaporkan lemas pada Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.42 malam.