MOSCOW - Perintah Presiden Rusia, Vladimir Putin yang melarang serangan ke atas kemudahan tenaga Ukraine sebagai sebahagian daripada moratorium selama 30 hari kini berkuat kuasa, lapor Agensi Berita Rusia (TASS) yang memetik jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.
"Perintah Putin berhubung moratorium ini sedang dikuatkuasakan dan dipatuhi oleh Angkatan Bersenjata kami,” kata Peskov.