'Saya tetap setia bersama Bersatu'

Iklan
Noor Affandi (dua dari kiri) menyampaikan anugerah pelajar terbaik ketika Konvokesyen Kali ke 6 MICOST di Hotel Mudzaffar, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di Ayer Keroh di sini hari ini.

MELAKA TENGAH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad menyatakan pendirian akan setia bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta menurut perintah terhadap apa jua keputusan dimuktamadkan oleh parti.

Noor Affandi berkata, sebarang langkah dan keputusan yang diambil berhubung kemelut politik ketika ini, akan berpandukan gerakan yang dijalankan oleh parti itu termasuk jika keputusan kepimpinan tertinggi memilih untuk menyertai Perikatan Nasional.

Iklan
Iklan

"Kalau itu kehendak parti dan dimuktamadkan, maka macam saya maklumkan tadi bahawa saya adalah ahli parti yang masuk politik sebagai ahli Bersatu. Insya-ALLAH saya akan tetap bersama Bersatu selama-lamanya.

"Saya dipilih menjadi calon di Teluk Mas oleh parti Bersatu. Jadi apa kemungkinan pun, saya setia kepada parti," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Konvokesyen Kali ke 6 MICOST di Hotel Mudzaffar, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di Ayer Keroh, hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO Melaka nafi mahu pecat Idris

BN 'tunggu' dua kerusi bentuk kerajaan di Melaka

Pada masa sama Exco Pendidikan Modal Insan, Sains dan Inovasi negeri itu berkata, sehingga saat ini beliau tidak ada didatangi oleh mana-mana pihak termasuk dari Pakatan Harapan berhubung sokongan menerusi akuan bersumpah (SD).

Iklan

Noor Effandi turut menafikan dirinya yang didakwa sebagai 'king maker' kerana beliau seorang yang sentiasa bertindak mengikut kemahuan parti.