Premis perniagaan warga asing di Bandar Sultan Suleiman digempur
Iklan
MBDK meneruskan operasi penguatkuasaan dengan menjalankan pemeriksaan terhadap tiga pasar mini di kawasan Bandar Sultan Suleiman.
KLANG – Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) meneruskan operasi penguatkuasaan dengan menjalankan pemeriksaan terhadap tiga pasar mini di kawasan Bandar Sultan Suleiman di sini bagi membanteras premis perniagaan warga asing yang tidak mematuhi peraturan.
"Hasil pemeriksaan mendapati sebuah premis memiliki lesen perniagaan dan iklan yang sah bagi tahun 2025, manakala dua lagi premis didapati beroperasi dengan lesen sementara.
Iklan
Iklan
"Satu premis tamat pada 10 September 2025, manakala satu lagi telah tamat tempoh iaitu pada 26 April tahun lalu," menurut pihak berkuasa tempatan itu dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Rabu.
Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan secara berkala bagi memastikan semua premis perniagaan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
Sehubungan itu, pihak MBDK telah mengeluarkan empat kompaun ke atas premis-premis terbabit, iaitu dua kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (UUK 3) dan dua lagi di bawah UUK 28(1), mengikut peruntukan undang-undang Majlis Perbandaran Klang 2007.
Iklan
MBDK menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan secara berkala bagi memastikan semua premis perniagaan mematuhi undang-undang yang ditetapkan, sekali gus mengekalkan kesejahteraan serta ketertiban perniagaan di kawasan pentadbiran majlis.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan 4,101 penolong amil Selangor kini digital"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) melaksanakan sepenuhnya proses pendaftaran dan pelantikan penolong amil secara digital bagi sesi 2027 hingga 2030 menerusi Sistem Pendaftaran Penolong Amil yang membabitkan semua masjid di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sistem baharu itu diperkenalkan bagi memperkemas urusan pelantikan membabitkan tiga kategori iaitu Penolong Amil Kariah, Penolong Amil Fitrah dan Penolong Amil Komuniti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806492/edisi/selangor-kl/pelantikan-4101-penolong-amil-selangor-kini-digital
Muzik: Win At Your Back dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #LembagaZakatSelangor #PenolongAmil #Masjid"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-28T10:59:13.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hKhdk1h2hG2HdSwNw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P161S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0qqr2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0qqr2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0qqr2"></script>