MUAR - Seorang warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Parit Bakar, di sini pada Selasa. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penguasa Bomba Kanan 2 Mohamad Syafiq Mohamad Zin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan pada jam 6.13 pagi.
Katanya, sebaik menerima laporan berkenaan, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Perkhidmatan, Perawatan, Penyelamatan, Kecemasan (EMRS) dengan sembilan anggota bergegas ke lokasi.
Motosikal mangsa yang terlibat kemalangan. - foto BBP Muar