KAJANG - Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Baru Sungai Chua di sini pada Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 10.08 pagi.