Syor bina sekolah skala kecil dalam komuniti
Iklan
Pembinaan sekolah berskala kecil dalam komuniti perumahan di kawasan bandar wajar dipertimbangkan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sekolah sedia ada yang menimbulkan pelbagai isu termasuk pengangkutan dan kesesakan. (Gambar kecil: Anuar, Roslizam)
SHAH ALAM - Pembinaan sekolah berskala kecil dalam komuniti perumahan di kawasan bandar wajar dipertimbangkan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sekolah sedia ada yang menimbulkan pelbagai isu termasuk pengangkutan dan kesesakan.
Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, langkah tersebut boleh dilaksanakan seiring dengan projek sekolah bertingkat bagi mengatasi isu kekurangan ruang dan kepadatan murid di kawasan bandar.
Iklan
Iklan
"Jika kita lihat di negara maju seperti London, sekolah rendah mereka dibina dalam komuniti dengan kapasiti kecil sekitar 400 hingga 500 murid sahaja dan berdekatan dengan kawasan perumahan.
"Ini membolehkan ibu bapa hanya berjalan kaki menghantar anak ke sekolah tanpa perlu bergantung kepada kenderaan atau pengangkutan awam.
Iklan
"Kaedah ini lebih baik berbanding sistem sekolah berskala besar di Malaysia yang menempatkan ribuan murid sehingga menimbulkan pelbagai masalah lain termasuk kesesakan lalu lintas,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai cadangan bagi mengatasi isu kepadatan murid di sekolah selain daripada pelaksanaan projek sekolah bertingkat.
Iklan
Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan projek rintis sekolah bertingkat akan dilaksanakan tahun ini di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, dan Putrajaya bagi menangani isu kepadatan sekolah terutama di kawasan berkepadatan tinggi.
Pada 11 Februari lalu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Mohamad Ali Hassan, mencadangkan kerajaan membina kelas secara menegak, dengan menambah beberapa tingkat pada bangunan sedia ada memandangkan kepadatan ruang menyukarkan penambahan bangunan secara mendatar.
Susulan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang membangunkan sekolah dengan konsep menegak, menempatkan bangunan dua blok dengan kapasiti antara 10 hingga 17 tingkat.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Roslizam Hassan berkata, tuntutan ibu bapa untuk melaksanakan sekolah satu sesi serta hasrat menjadikan jumlah murid setiap kelas sekitar 25 orang sahaja memerlukan projek itu dilaksanakan segera.
"Jika negeri tersebut terlibat dengan masalah bilangan murid terlalu ramai sedangkan kawasan membina sekolah terhad, maka mereka tiada pilihan selain bersedia tanpa sebarang rungutan.
"Cadangan ini memastikan kelas tidak lagi padat sehingga mencecah 45 hingga 50 murid dalam satu kelas, selain merealisasikan sekolah satu sesi yang lebih mudah diurus,” ujarnya.
Roslizam turut berpandangan, pelaksanaan sekolah bertingkat memberi banyak kelebihan termasuk membantu mencapai bilangan kelas yang lebih ideal dan pengurusan sekolah satu sesi di seluruh negara.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT