Muhyiddin pangku jawatan Pengerusi Bersatu

Iklan
Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin berkata, beliau kini memangku jawatan Pengerusi Bersatu selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan itu pada 24 Februari lalu.

Beliau berkata, menurut Fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu, jika Pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi baharu.

Iklan
Iklan

"Bersatu belum mengadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi yang baharu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M turut lepas jawatan Pengerusi Bersatu

Iklan

Tun M terima kembali jawatan Pengerusi Bersatu

Pada Khamis lalu, Dr Mahathir dilaporkan menerima kembali jawatannya selaku Pengerusi Bersatu selepas meletakkan jawatan itu pada 24 Februari lalu.

Iklan

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya dalam satu kenyataan pagi tadi berkata, dalam fasal 16.2 Perlembagaan Bersatu menyatakan individu yang mempunyai kuasa mutlak memimpin parti ialah Pengerusi iaitu Dr Mahathir.

Jelasnya, segala tindak tanduk dan arah parti tertakluk kepada keputusan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu.