MAKKAH - Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi di Arab Saudi telah melaksanakan piawaian pemeriksaan ketat terhadap hidangan iftar yang disediakan di Masjidilharam, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Piawaian itu termasuk pemeriksaan visual, memastikan penyimpanan selamat daripada pencemaran, pengesahan tarikh luput dan ketiadaan bahan tercemar, mengesahkan integriti pembungkusan serta memeriksa ramuan yang telah rosak.