Polis siasat dakwaan wanita ditampar pemandu kereta

Iklan
Polis sedang menyiasat insiden wanita ditampar seorang pemandu lelaki selepas berlaku pertengkaran di jalan raya berhampiran Pasar Raya Besar Bataras di Jalan Tun Mustapha pada Jumaat. Gambar kecil: Hamizi

LABUAN - Polis sedang menyiasat insiden wanita ditampar seorang pemandu lelaki selepas berlaku pertengkaran di jalan raya berhampiran Pasar Raya Besar Bataras di Jalan Tun Mustapha di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Labuan, Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata, insiden membabitkan wanita berusia 28 tahun itu dipercayai berlaku pada jam 2 petang selepas keretanya hampir bertembung dengan kenderaan suspek yang berusia 40 tahun.

Iklan
Iklan

"Lelaki itu dikatakan memandu secara melulu, menyebabkan wanita berkenaan terpaksa menekan brek secara mengejut untuk mengelakkan perlanggaran.

"Berikutan itu, berlaku pertengkaran dan suspek dikatakan menampar pipi kiri wanita berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Mohd Hamizi berkata kedua-duanya pergi ke balai polis pada hari kejadian tetapi tiada laporan dibuat.

Beliau berkata mereka kembali ke balai polis pada Sabtu untuk membuat laporan dan polis membuka dua kertas siasatan terhadap suspek, pertama di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan yang kedua di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Polis menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kejadian yang telah tular itu. - Bernama