KKM keluarkan 1,512 notis kesalahan kepada peniaga bazar Ramadan seluruh negara

Iklan
Dr Dzulkefly (tiga dari kanan) bersama wakil Econsave dan MyCare bergotong-royong dalam Program Pengedaran Bubur Lambuk dan Penyampaian Kecemasan Gaza di Econsave Puncak Alam pada Ahad.

KUALA SELANGOR - Sebanyak 1,512 notis kesalahan dikeluarkan kepada peniaga makanan bazar Ramadan di seluruh negara setakat Sabtu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan itu diambil hasil pemeriksaan Jabatan Kesihatan negeri terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan kebersihan dan keselamatan makanan.

Iklan
Iklan

"Kesalahan yang dikesan termasuk tidak menjalani latihan pengendali makanan, tiada suntikan anti tifoid dan pemakaian yang tidak sesuai ketika mengendalikan makanan.

"Semua lokaliti bazar Ramadan telah diperiksa sejak 2 Mac lalu hingga semalam,” katanya pada Program Pengedaran Bubur Lambuk dan Penyampaian Kecemasan Gaza di Econsave Puncak Alam di sini pada Ahad.

Iklan

Dr Dzulkefly menegaskan, semua notis kesalahan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983.

Beliau turut mengingatkan semua pengendali makanan dan peniaga bazar Ramadan supaya mematuhi peraturan ditetapkan bagi mengelakkan insiden keracunan makanan.

Iklan

"Tiada lesen pengendalian dan suntikan anti tifoid adalah kesalahan serius yang perlu ditangani segera.

"Anggota penguat kuasa KKM sentiasa berada di lapangan untuk menjalankan pemantauan dan memastikan semua peniaga mematuhi syarat ditetapkan,” ujar beliau.