Banjir: KPWKM belum ada keperluan mohon peruntukan tambahan
Iklan
Nancy Shukri. Foto Bernama
KUCHING - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak bercadang untuk memohon peruntukan tambahan bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas dengan bencana tersebut ketika ini.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bantuan keperluan asas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diletakkan di dalam depo simpanan seluruh negara setakat ini sudah mencukupi sekiranya bencana sedemikian berlaku secara tiba-tiba.
Iklan
Iklan
"Setakat ini belum ada keperluan untuk peruntukan tambahan bagi banjir, dan sekiranya perlu kita akan bawa ke Kabinet atau saya mohon kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.
"Kita tidak boleh jangka bila waktunya bencana melanda, tapi kita memang sudah ada dana bantuan.. Jadi sebab itu bila tiba bencana yang tak dijangka macam sekarang, kita tak ada banyak masalah,” katanya dalam sidang media Program Sinar Syawal YKN 2025, di sini, hari ini.
Iklan
Beliau berkata, jumlah pegawai JKM yang bertugas di pusat pemindahan sementara (PPS) juga mencukupi, khususnya dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
Beliau berkata, pegawai JKM yang tidak menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti akan bertugas di PPS yang ditetapkan.
Iklan
"Saya juga masih belum menerima apa-apa laporan dari segi kekurangan pegawai di pusat pemindahan sementara (PPS)... kalau sebelum ini, sekiranya pegawai tambahan diperlukan kita akan hantar (pegawai) daripada negeri lain, negeri yang tidak menghadapi banjir - itu cara kita,” katanya.
Setakat pagi tadi situasi banjir di Johor, Sabah dan Sarawak menyaksikan jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di PPS mencatatkan penurunan kepada 8,274 orang, berbanding 9,218 petang semalam. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>