Remaja perempuan dakwa dicabul penjawat awam di hotel

Iklan
Seorang remaja perempuan mendakwa dicabul individu dipercayai penjawat awam di sebuah hotel di Jalan USJ, Subang Jaya Rabu lalu. Gambar hiasan.

SUBANG JAYA - Seorang remaja perempuan menempuh detik hitam setelah mendakwa dicabul individu yang dipercayai penjawat awam di sebuah hotel di Jalan USJ, Rabu lalu.

Sumber memaklumkan, ketika kejadian mangsa yang berumur 14 tahun itu menginap di hotel berkenaan bersama teman lelakinya.

Iklan
Iklan

"Mangsa mendakwa ketika kejadian pintu bilik mereka diketuk sebelum penjawat awam bersama bapa mangsa masuk ke dalam bilik hotel itu.

"Penjawat awam itu kemudiannya didakwa mencabul mangsa ketika pemeriksaan dilakukan," katanya pada Ahad.

Iklan

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan terbabit.

Beliau berkata, individu yang merupakan penjawat awam itu telah ditahan bagi membantu siasatan.

Iklan

"Anggota terbabit mulanya pergi mencari mangsa bersama bapa remaja terbabit sebelum kejadian itu berlaku.

"Suspek direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.