KUALA KRAI - Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menempatkan seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Unit Tindakan Gajah (UTG) bagi memburu gajah liar yang 'naik minyak' di Kampung Laloh di sini pada Khamis.
Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, mereka dibahagikan kepada dua kumpulan bagi menjejaki haiwan liar terbabit yang telah mendatangkan kecederaan parah kepada seorang anggota Perhilitan dan penoreh getah.