Yok Balik Raya: 550 mahasiswa Johor nikmati bas percuma pulang beraya
Iklan
Program Yok Balik Raya memberi kemudahan kepada mahasiswa Johor yang menuntut di pelbagai IPT di seluruh negara pulang ke kampung halaman.
JOHOR BAHRU – Seramai lebih 550 mahasiswa Johor yang menuntut di pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan menikmati kemudahan bas percuma menerusi program Yok Balik Raya.
Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin, berkata sebanyak 30 buah bas disediakan untuk membawa pelajar pulang ke kampung halaman bermula Khamis lalu.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, program anjuran Gabungan Anak Johor dengan sokongan Kerajaan Negeri Johor serta Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) ini telah memasuki tahun ketiga penganjurannya.
Mahasiswa Johor yang menuntut di pelbagai IPT di seluruh negara pulang ke kampung halaman menaiki bas percuma yang disediakan.
"Antara IPT yang terlibat dalam program ini termasuk Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Iklan
"Selain itu, beberapa IPT lain turut terlibat dalam memastikan lebih ramai mahasiswa Johor dapat menikmati manfaat daripada inisiatif ini," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.
Aznan menambah, inisiatif ini bertujuan meringankan beban mahasiswa yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dengan selesa dan selamat.
Iklan
"Program Yok Balik Raya merupakan salah satu usaha berterusan kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan pelajar Johor di perantauan terus terjaga.
"Semoga perjalanan pulang kali ini membawa seribu kegembiraan dan kemeriahan Aidilfitri buat semua anak Johor. Selamat pulang ke kampung halaman tercinta!" ujarnya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.