PUTRAJAYA - Selebriti, Bella Astillah hadir pada hari kedua, bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis.
Bella kelihatan cantik mengenakan pakaian serba putih ketika hadir di mahkamah pada jam 10.25 pagi.