PKR Pulau Pinang sokong Nurul Izzah pertahan jawatan Naib Presiden
Iklan
Mohamad (kiri), Nurul Izzah. Foto Bernama
GEORGE TOWN - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menyatakan sokongan penuh terhadap Pengerusi Pimpinan Negeri Pulau Pinang, Nurul Izzah Anwar untuk mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden parti itu dalam pemilihan akan datang.
Timbalan pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, pencalonan Nurul Izzah bukan sekadar meraikan bakat kepimpinan dalam parti, malah sebagai usaha memperkukuh dan memperkasakan PKR menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Iklan
Iklan
"PKR Pulau Pinang senada dengan Nurul Izzah. Parti ini adalah suara rakyat dan perjuangan untuk mempertahankan keadilan perlu diteruskan demi kepentingan negara dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau menambah, sejak bergelar Puteri Reformasi, Nurul Izzah konsisten dalam memperjuangkan keadilan dan demokrasi selain komited terhadap agenda reformasi politik serta tadbir urus yang lebih telus.
Iklan
"Nurul Izzah sentiasa memperjuangkan hak wanita, kebebasan bersuara, keadilan sosial serta menuntut pendidikan berkualiti untuk semua rakyat.
"Beliau juga tegas dalam memperjuangkan ekonomi rakyat dan politik berintegriti dengan menolak sebarang bentuk korupsi,” ujarnya.
Iklan
Menurutnya, prinsip perjuangan yang dibawa oleh Nurul Izzah selari dengan konsep Malaysia Madani yang diterapkan dalam pentadbiran Perdana Menteri, yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Nurul Izzah bukan sahaja penting dalam memperkasakan suara PKR di peringkat nasional malah membawa peranan besar di peringkat antarabangsa.
"Justeru, PKR Pulau Pinang berpendirian bahawa Nurul Izzah merupakan aset penting kepada parti dan menyokong penuh pencalonannya sebagai Naib Presiden berdasarkan pengalaman serta keupayaannya dalam memimpin PKR ke arah Malaysia yang lebih adil dan progresif," tambahnya.
Terdahulu, Nurul Izzah mengumumkan bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini.
Nurul Izzah berkata, keputusan itu dibuat atas hasratnya untuk meraikan bakat dalam parti sebagai usaha ‘regenerasi’ atau penjanaan semula PKR selain memperkukuh parti bagi menghadapi PRU16 akan datang.
Nurul Izzah berkata, beliau tidak akan mengambil mudah dan akan melakukan sedaya upaya untuk memenangi jawatan itu.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.