PDRM cadang 139 perjawatan untuk NSRC

Iklan
RAMLI

KUALA LUMPUR - Sebanyak 139 perjawatan tetap yang dicadangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperkasa peranan serta fungsi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, usaha untuk memperkemas struktur NSRC sedang giat dijalankan.

Iklan
Iklan

"Ia termasuk mewujudkan sejumlah perjawatan tetap bagi membolehkan pengoperasian NSRC dilaksanakan secara lebih efektif.

"Melalui penstrukturan baharu kelak, PDRM akan mengetuai operasi NSRC dengan dikawal selia oleh Kementerian Dalam Negeri," katanya pada sidang akhbar di Pejabat JSJK, Menara KPJ, di sini, pada Rabu.

Iklan

Ramli berkata, NSRC yang diwujudkan sejak Oktober 2022 telah menjalankan peranan sebagai pusat tindak balas pantas bagi kes-kes penipuan dalam talian khususnya dalam hal berkaitan sekatan dana yang dicuri, khidmat nasihat dan seumpamanya.

"Peranan NSRC dilihat semakin signifikan dan selari dengan beberapa negara serantau yang turut mewujudkan pusat yang serupa seperti Anti Online Center (AOC) di Bangkok, Thailand dan Anti Scam Center di Singapura," katanya.

Iklan

Beliau berkata, NSRC merupakan pusat yang dikendalikan secara bersama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), PDRM serta Bank Negara Malaysia (BNM).

"Sehingga 31 Disember 2024, NSRC telah mengendalikan sejumlah 161,863 panggilan daripada mangsa penipuan dalam talian serta panggilan daripada individu yang mahu mendapatkan informasi dan sebagainya.

"Sejumlah 72,523 akaun bank telah dikenal pasti (earmarked) terlibat dalam transaksi mencurigakan berkait penipuan melibatkan nilai keseluruhan RM50,875,415.26," katanya.