Hapus AUKU antara fokus utama AMH – Ammar Atan
Iklan
Pemukiman ini diadakan bagi memperkukuh hala tuju perjuangan anak muda, selaras dengan pelantikan Woo Kah Leong (duduk tengah) sebagai Ketua Pemuda AMH yang baharu.
KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Harapan (AMH) terus memperjuangkan agenda reformasi anak muda menerusi Pemukiman Khas AMH.
Menurut Ketua Penerangan AMH, Ammar Atan, pemukiman ini diadakan bagi memperkukuh hala tuju perjuangan anak muda, selaras dengan pelantikan Woo Kah Leong sebagai Ketua Pemuda AMH yang baharu.
Iklan
Iklan
"Kami di AMH melihat keperluan untuk memastikan perjuangan anak muda kekal relevan dan berpaksikan reformasi. Salah satu fokus utama kami ialah usaha berterusan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
"Ini selari dengan komitmen Perdana Menteri dalam memperjuangkan sistem pendidikan tinggi yang lebih terbuka dan memperkasakan suara mahasiswa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
Beliau turut mengumumkan bahawa AMH akan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Pemansuhan AUKU bagi merangka strategi dan tindakan lanjut dalam usaha menghapuskan akta tersebut.
"Pemansuhan AUKU adalah langkah penting dalam memberi kebebasan akademik dan politik kepada mahasiswa.
Iklan
"Kami mahu melihat anak muda bebas menyuarakan pendapat dan memainkan peranan sebagai ejen perubahan tanpa sekatan yang tidak wajar," tegas Ammar.
Selain itu, AMH juga akan terus memperjuangkan dasar yang memberi manfaat kepada golongan muda, termasuk memperkukuh demokrasi kampus, meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti, serta memperjuangkan peluang ekonomi yang lebih adil bagi generasi muda.
"Dengan semangat solidariti dan reformasi, AMH akan memastikan suara anak muda terus didengar dan menjadi keutamaan dalam dasar kerajaan.
"Ini adalah perjuangan untuk Malaysia yang lebih progresif, inklusif, dan menjamin masa depan yang lebih cerah buat semua," tambahnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>