KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 dapat mempromosi dan mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara asing lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata, penguatkuasaan akta itu pada 30 Ogos tahun lepas juga dapat mencerminkan prinsip undang-undang antarabangsa awam mengenai kekebalan negara.