JPJ guna dron pantau kemasukan 2 juta kenderaan pulang beraya ke Kelantan
Iklan
JPJ Kelantan menggunakan dron bagi memantau kemasukan 2 juta kenderaan perantau yang dijangka pulang ke negeri ini untuk menyambut Aidilfitri.
PASIR PUTEH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menggunakan dron bagi memantau kemasukan 2 juta kenderaan perantau yang dijangka pulang ke negeri ini untuk menyambut Aidilfitri.
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, dron tersebut turut digunakan untuk mengesan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.
Iklan
Iklan
"Selain itu, ia juga akan memantau aliran trafik.
"Jadi, kami berharap pengguna jalan raya dapat memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan yang sedia ada bagi mengurangkan risiko kemalangan," katanya semasa sidang akhbar sesi libat urus Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 JPJ Kelantan di Stesen Penguat Kuasa Bukit Jawa di sini pada Isnin.
Iklan
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan JPJ Kelantan menganggarkan dua juta kenderaan akan memasuki negeri ini sempena Aidilfitri melalui tiga pintu utama, iaitu Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli.
Iklan
Mohd Misuari berkata, jangkaan itu berpandukan kepada statistik kemasukan kenderaan untuk sambutan Aidilfitri pada tahun-tahun sebelumnya.
Menurut beliau, JPJ meramalkan aliran trafik akan mulai sesak bermula 28 Mac ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>