Polis selesai rakam keterangan pembantu pengurusan murid kasari kanak-kanak autistik

Iklan
Shahrulnizam (kiri), laporan Sinar Harian mengenai pembantu pengurusan murid didakwa kasari pelajar autisme

KUALA LUMPUR - Polis selesai merakam keterangan pembantu pengurusan murid yang disyaki mengasari seorang kanak-kanak autistik di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca daripada murid yang mempunyai masalah autisme kelewatan pertuturan itu mengamuk ketika hendak masuk ke kelas selepas diminta membuka kasut.

Iklan
Iklan

"Ibu bapa murid berkenaan juga telah membawa anak mereka ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan namun didapati tiada sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrulnizam berkata keterangan guru besar dan penolong kanan sekolah serta ibu bapa murid berkenaan juga telah dirakam bagi membantu siasatan.

Iklan

Semalam, Shahrulnizam memaklumkan polis membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan selepas video memaparkan kejadian melibatkan kanak-kanak autistik berumur tujuh tahun itu dikesan dimuat naik di aplikasi TikTok, Sabtu lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. - Bernama

Iklan