PRK Ayer Kuning: BN selesai muktamad calon
Iklan
Zambry bercakap kepada pemberita selepas Program Ihya' Ramadan di Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini. Foto Bernama
PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, calon itu akan diumumkan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat.
Iklan
Iklan
"BN juga kini sedang mempersiapkan jentera bagi menghadapi PRK ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis Ihya Ramadan di Kementerian Pendidikan Tinggi di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, enam nama termasuk calon muda disenarai pendek untuk mewakili parti itu.
Iklan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang.
Iklan
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah menang dengan majoriti 2,213 undi dalam persaingan lima penjuru. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="BN lebih mudah jelas kerjasama dengan PN berbanding PH - Tok Mat"><meta itemprop="description" content="Barisan Nasional (BN) mengakui lebih mudah menjelaskan kepada pengundi mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya kali ini berbanding Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penerimaan pengundi terhadap kerjasama berkenaan juga amat baik sepanjang tempoh berkempen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789441/berita/politik/bn-lebih-mudah-jelas-kerjasama-dengan-pn-berbanding-ph---tok-mat
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #BN #PRNNegeriSembilan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-26T05:17:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ctdbE1gPPXlomgM4e/x1080"><meta itemprop="duration" content="P74S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xas92ku"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xas92ku"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xas92ku"></script>