Nelayan hanyut selama 94 hari di tengah laut

Iklan
Napa diberi rawatan perubatan segera selepas dia berjaya diselamatkan pada awal minggu lalu. Foto Agensi

LIMA - Seorang nelayan Peru ditemui masih hidup selepas hanyut di tengah laut selama 94 hari, menurut jurucakap tentera laut pada Sabtu.

Maximo Napa, 61, yang menaiki bot kecil diselamatkan pada Selasa lalu selepas dikesan oleh sebuah kapal Ecuador di luar perairan Chimbote di utara Lima.

Iklan
Iklan

Napa memberitahu dia cuba bertahan untuk hidup dengan memakan lipas, burung dan penyu.

"Saya tidak mahu mati kerana memikirkan ibu dan cucu perempuan saya," katanya dalam nada sebak selepas dibenarkan untuk discaj dari hospital di bandar Paita.

Iklan

Difahamkan, nelayan itu berlayar dari pelabuhan San Juan de Marcona pada 7 Disember lalu, namun keadaan cuaca buruk menyebabkannya hanyut tanpa arah tuju di tengah laut.

Sementara itu, keluarganya menyifatkan ia satu keajaiban kerana dapat bertemu semula Napa dalam keadaan selamat. - AFP

Iklan