Tukang cuci jumpa ular sawa dalam stor

Iklan
Ular sawa yang ditemui seorang tukang cuci ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan bilik stor di Pejabat Cawangan Kawalan Penyakit (Vektor) di Kota Bharu pada Ahad. Foto APM

KOTA BHARU - Sepasang ular sawa 'dicekup' oleh seorang tukang cuci ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan bilik stor di Pejabat Cawangan Kawalan Penyakit (Vektor) di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, lelaki terbabit yang terkejut dengan penemuan tersebut telah memaklumkan perkara berkenaan kepada kakitangan di pejabat.

Iklan
Iklan

Difahamkan, empat kakitangan Pejabat Vektor turut memberikan bantuan dengan memegang ular seberat 20 hingga 30 kilogram berkenaan selama 15 minit bagi mengelakkan replitia itu lari sebelum anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu tiba.

Pegawai APM Kota Bharu, Kapten (PA) Muhammad Shafie Rosslee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.04 pagi.

Iklan

"Seramai empat anggota lain-lain pangkat telah ke lokasi untuk menangkap ular sawa batik itu.

"Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi telah menjumpai sepasang ular sawa," katanya ketika dihubungi.

Iklan

Menurut beliau, ular tersebut dipercayai keluar dari longkang berhampiran pejabat berkenaan untuk mendapatkan makanan.

Ujarnya, reptilia yang ditangkap itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam masa terdekat.