Sifat wasatiyah ASWJ terbukti bawa perpaduan masyarakat
Iklan
Mohd Sukki
SHAH ALAM - Sifat Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ) yang wasatiyah atau sederhana terbukti sesuai dalam masyarakat Malaysia yang berbilang aliran, bangsa, kaum dan agama.
Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan berkata, sifatnya yang adil, tidak membezakan atau mengkafirkan orang lain turut menjadi panduan kepada umat Islam di seluruh dunia.
Iklan
Iklan
"Aliran ASWJ telah terbukti membawa perpaduan dalam kalangan masyarakat sejak zaman berzaman.
"Ketegasan kerajaan khususnya melalui Jawatankuasa Fatwa MKI (Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia) yang meletakkan aliran itu sebagai utama perlu disambut baik.
Iklan
"Perkara ini bukan baru kerana sejak 1996, jawatankuasa itu telah buat keputusan serupa dan pada saya, penegasan kerajaan amat dihargai,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan dilapor memaklumkan, Jawatankuasa Fatwa MKI pada 21 dan 22 Oktober tahun lalu telah memutuskan ASWJ merupakan mazhab rasmi negara ini dari segi perundangan.
Iklan
Sementara itu Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman mengingatkan semua umat Islam untuk melihat ketetapan tersebut sebagai satu usaha menjaga agama daripada kekeliruan dan perpecahan.
Beliau menegaskan, wajib menghormati pandangan ulama yang berautoriti dan mendapatkan penjelasan sekiranya timbul kekeliruan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>