Media sosial atau media layang?

Iklan
Ramai kini ‘ghairah’ mencari kandungan di media sosial mereka. Semuanya mahu dikongsi tanpa mahu menyedari yang bersifat peribadi atau yang wajar dikongsi seolah-olah berebut pasaran kapitalis di alam ini.

MUKTAHIR ini kita melihat bagaimana isu yang timbul di media sosial menjadi tumpuan atau buruan. Media sosial sejarah evolusinya bermula seawal 1970-an tetapi dimaknai lewat 1990-an. Surat elektronik dengan cubaan rangkaiannya berkembang menjadi telapak utama hari ini untuk berkomunikasi.

Namun, timbul persoalan apakah kita memahami keperluan, penggunaan dan mengapa wujudnya media sosial ini? Kesannya pula bagaimana ke atas pelayar tanpa mengira batasan umur, agama, etnik dan kelas masyarakat mahupun hubungan global?

Perhubungan dalam kalangan masyarakat umum sebagaimana sejarah pembangunan negara-bangsa ini menunjukkan bahawa alat komunikasi adalah bahasa. Jika ia tidak difahami, ada mekanisme lain diguna pakai supaya tidak menjejaskan penyampaian sesama manusia.

Rata-rata komunikasi penting untuk hidup berdampingan tidak berasingan; kita bergaul dan bergabung atau nilai yang dipersetujui bersama terutama dalam alam demografi dan geografi yang rencam, pelbagai, aneka-ragam dan berbilang fahaman, ritual serta kepercayaan.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.