Piala Liga: Newcastle perlu tekan Liverpool di Wembley
Iklan
Gaya permainan agresif adalah kunci kejayaan buat Magpies apabila berdepan juara 10 kali bimbingan Arne Slot (kiri) yang sedang memburu trofi debut musim pertama bersama The Reds.
LEGENDA Newcastle United, Chris Waddle, menyeru The Magpies kendalian Eddie Howe untuk mempamerkan aksi menyerang ketika menentang penyandang juara Liverpool dalam perlawanan akhir Piala Liga di Stadium Wembley pada awal pagi Isnin.
Beliau percaya, gaya permainan agresif adalah kunci kejayaan buat Magpies apabila berdepan juara 10 kali bimbingan Arne Slot yang sedang memburu trofi debut musim pertama bersama The Reds.
Iklan
Iklan
Menurut Waddle, Newcastle perlu lebih berani dan tidak beraksi secara bertahan seperti dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
"Pasukan itu sentiasa menunjukkan prestasi terbaik apabila bermain secara menyerang, dan taktik berhati-hati sering kali memakan diri.
Iklan
"Pendekatan ini juga akan membangkitkan semangat penyokong yang sememangnya gemarkan aksi bola sepak menyerang," katanya.
Newcastle mara ke pentas perlawanan akhir selepas menjinakkan Arsenal, 4-0 secara agregat manakala Liverpool pula membelasah Tottenham Hotspur, dengan agregat 4-1.
Iklan
Waddle turut menegaskan penyokong The Magpies tidak mahu melihat pasukan mereka bermain secara bertahan di Wembley sebaliknya lebih gemar melihat aksi bola sepak yang menghiburkan biarpun berisiko.
"Sejujurnya aksi bola sepak menyerang itulah identiti sebenar Newcastle yang perlu ditampilkan berdepan Liverpool.
Saya percaya, inilah cara terbaik untuk mereka menamatkan badi dan memenangi Piala Liga," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>