Semak, kaji kandungan hina Islam

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan Vijayan Savarinathan mengaku salah, mohon maaf hina Islam. Gambar kecil: Mohammad' Irfan

KOTA BHARU - Kelab Bersetia Bersahabat Ahmad Zahid Hamidi (AZH) Kota Bharu mencadangkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyemak dan mengkaji semula kandungan berunsur penghinaan terhadap agama, kaum dan kedaulatan Raja-Raja Melayu bagi memastikan keharmonian negara.

Pengerusinya, Mohammad' Irfan Mohd Halmi berpendapat undang-undang sedia ada perlu ditambah baik bagi membendung isu melibatkan sensitiviti agama Islam.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, penguatkuasaan yang lebih ketat dan usaha bersepadu diperlukan untuk menangani isu agama, kaum, dan institusi diraja (3R) bagi menangani perpecahan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menambah baik prosedur operasi standard (SOP) untuk menggubal atau memperkenalkan akta undang-undang baharu yang lebih kukuh dalam memelihara maruah kesucian Islam di negara ini," katanya melalui kenyataan.

Iklan

Mohammad’ Irfan yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Kota Bharu memberitahu, walaupun ada undang-undang membendung isu melibatkan sensitiviti agama Islam tetapi perlu menambah baik beberapa perkara.

"Ia terutama melibatkan penguatkuasaan yang lebih ketat dan usaha bersepadu," katanya.

Iklan

Jelas beliau lagi, rakyat Malaysia sedia maklum bahawa agama Islam agama rasmi negara dan statusnya dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Junjung kasih kita terhadap titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan peringatan, nasihat mengingatkan umat Islam untuk melindungi kesucian agama," katanya.

Mohammad’ Irfan turut menasihatkan lebih ramai golongan muda dan umat Islam tampil membetulkan keadaan jika berlaku penghinaan terhadap Islam.

"Saya ingin memetik kata-kata penulis Buya Hamka iaitu 'Jika kamu diam tatkala agamamu dihina, maka tukarlah pakaianmu dengan kain kafan'," katanya.