SHAH ALAM – Pemaju hartanah, LBS Bina Group Berhad (LBS) melakar satu lagi pencapaian penting dengan perasmian Surau Al-Amin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brinchang, Cameron Highlands.
Majlis perasmian itu telah diserikan dengan keberangkatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang turut berkenan merasmikan majlis dengan diiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Turut hadir menyerikan majlis, Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, serta Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Seri Daniel Lim, yang mewakili LBS di majlis bersejarah tersebut.
Penyempurnaan Surau Al-Amin mencerminkan komitmen teguh LBS dalam memperkasa kesejahteraan masyarakat serta tanggungjawab sosial korporat. Surau ini terletak di IPD Cameron Centrum, Cameron Highlands, yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 97,000 penduduk dan pengunjung dengan kemudahan sebuah rumah ibadat yang selesa dan serba lengkap.

Surau Al-Amin di IPD Cameron Highlands bukan sekadar rumah ibadah, tetapi juga simbol perpaduan dan kesejahteraan masyarakat, mencerminkan komitmen tinggi LBS dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.