Ismail Sabri sambung beri keterangan di SPRM petang ini

Iklan
Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau. - Foto Bernama

Iklan
Iklan

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu hadir semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyambung proses memberi keterangan pada jam 3.30 petang ini.

Kenderaan dinaiki Perdana Menteri kesembilan itu keluar dari bangunan SPRM pada jam 12.30 tengah hari setelah kira-kira empat jam beliau merakamkan keterangan.

Iklan

Sebaik keluar, Ahli Parlimen Bera itu membuka separuh tingkap kenderaannya dan melambai tangan kepada petugas media.

Terdahulu, Ismail Sabri tiba pada jam 8.46 pagi tadi bagi dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.

Iklan

Ismail Sabri mula disiasat oleh SPRM pada Januari 2024 berkaitan perbelanjaan publisiti kerajaan semasa pentadbirannya dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Beliau telah dipanggil memberi keterangan pada Januari 2024 mengenai kemungkinan salah laku melibatkan perbelanjaan kira-kira RM700 juta untuk publisiti kerajaan.

Pada 10 Februari lepas, Ismail Sabri menyerahkan pengisytiharan harta kepada SPRM dan pada 19 Feb, beliau memberikan kenyataan kepada agensi berkenaan.

SPRM juga telah menahan empat pegawai kanan yang berkhidmat di bawah pentadbiran beliau.

Pada 3 Mac lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata wang tunai RM170 juta dengan pelbagai mata wang serta 16 kilogram jongkong emas ditemukan di sebuah kondominium di ibu negara yang dijadikan 'safe house'. - Bernama