Pinjaman Sapura Energy bukan baharu, istilah bailout lebih longgar

Iklan
Sapura Energy tidak perlu membayar semula pinjaman RM1.1 bilion kepada kerajaan sekiranya syarikat di bawah Kementerian Kewangan mengubah dana itu menjadi saham biasa pada masa hadapan. Gambar kecil: Barjoyai

SHAH ALAM - Pinjaman yang diberikan kerajaan kepada Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) bukanlah perkara baharu memandangkan sebelum ini perkara yang sama turut dilakukan terhadap syarikat lain.

Pakar ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, cuma istilah bailout dilihat lebih longgar berbanding pinjaman.

Iklan
Iklan

"Sama sahaja seperti dahulu iaitu kerajaan memberi suntikan dana bagi menyelamatkan syarikat gergasi cuma bailout istilah lebih longgar. Kalau ikutkan bailout atau pinjaman, dua-dua sama bergantung kepada jenis pelaburan.

"Misalnya Malaysia Airlines diberi bailout dan secara automatik ia perlu dibayar cuma saya tidak pasti adakah ia sudah dilangsaikan. Bagi Permodalan Nasional Berhad (PNB) pula, kerajaan guna preference share dan banyak lagi syarikat lain dibantu,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Menurut Barjoyai, Sapura Energy tidak perlu membayar semula pinjaman sebanyak RM1.1 bilion kepada kerajaan sekiranya syarikat dibawah Kementerian Kewangan iaitu Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH) mengubah dana itu menjadi saham biasa pada masa hadapan.

Katanya, ini kerana kementerian telah menubuhkan MDH untuk beri pinjaman kepada SEB dalam bentuk Redeemable Convertible Loan Stocks (RCLS) iaitu pinjaman yang boleh diubah jadi saham.

Iklan

"Bagaimanapun Sapura Energy perlu membayar semula hutang tersebut sekiranya enggan berbuat demikian.

"Namun, saya ingin tekankan jika syarikat ini dibubarkan kerana tidak dapat dipulihkan, jumlah itu akan hilang atau dikira hangus,” katanya.

Jelas beliau, sangat perlu kerajaan memberi bantuan atau suntikan dana kepada syarikat gergasi yang mempunyai masalah namun masih berpotensi.

"Dalam kes Sapura Energy, kementerian kewangan telah lantik juru audit antarabangsa untuk buat forensik audit dan mengesahkan syarikat berkenaan berpotensi besar.

"Ia juga boleh dipulihkan kerana mempunyai kontrak jika diselesaikan akan mewujudkan keuntungan. Lagipun Sapura Energy ini sudah untung RM300 juta pada tahun lepas cuma tahun ini mereka rugi RM200 juta pula,” ujarnya.