'Saya bina legasi berlandaskan al-Quran'

Iklan
Hussamuddin

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Memahami isi kandungan al-Quran menjadi asas dalam membina organisasi yang berjaya, berlandaskan nilai-nilai ketuhanan dan kesejahteraan ummah.

Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, prinsip tersebut menjadi pegangan dalam organisasinya sejak sekian lama.

Iklan
Iklan
Hussamuddin menjadi panel forum bertajuk 'Dari Kepimpinan ke Transformasi Ummah' sempena program Legacy Talk for Leaders yang berlangsung di Dewan Karangkraf pada Rabu.

"Apa yang saya nak bina mudah sahaja. Mula-mula saya nak cari makan, bila dah kenyang saya cari kepuasan.

"Apabila semakin berjaya, saya mula ada visi yang lebih besar. Visi ini telah ditanam oleh arwah ayah saya sejak kecil, kejayaan sebenar bukan hanya di dunia, tetapi untuk masuk syurga," katanya yang juga pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

Iklan
Hussamuddin (dua dari kanan) bersama Mohd Ajib (tiga dari kanan) menjadi panel forum bertajuk 'Dari Kepimpinan ke Transformasi Umma' sempena program Legacy Talk for Leaders yang berlangsung di Dewan Karangkraf pada Rabu.

Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk 'Dari Kepimpinan ke Transformasi Ummah' sempena program Legacy Talk for Leaders yang berlangsung di Dewan Karangkraf di sini pada Rabu.

Tambah Hussamuddin, konsep yang sama diterapkan dalam membangunkan Karangkraf sebagai wadah menjadikan masyarakat pandai.

Iklan

"Kita kena sama-sama kenyang, sama-sama jaga hati dan sama-sama bercinta dengan Tuhan.

"Jadi, saya berkomunikasi dengan pasukan saya tentang visi yang jelas ingin membina sebuah organisasi yang memandaikan ummah melalui penerbitan buku, majalah, dan akhbar. Siapa membaca, dia akan jadi hebat, tidak kira dalam bidang apa sekalipun," ujarnya.

Program Legacy Talk for Leaders menampilkan Qari Ustaz Ahmad Tirmizi Ali yang membimbing bacaan Surah al-Saff, diikuti tadabbur ringkas oleh Pengerusi Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd yang juga Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail.

Forum itu turut menampilkan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kolonel Datuk Mohd Ajib Ismail sebagai panel jemputan.