PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan perlawanan pertama skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Peter Cklamovski bagi kempen Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, pada 25 Mac, dengan sepak mula pada 10 malam.
FAM memaklumkan perubahan venue perlawanan pada 25 Mac adalah susulan permohonan Persatuan Bola Sepak Seluruh Nepal (ANFA) untuk menukar perlawanan ke Malaysia, manakala aksi pada 18 November pula berlangsung di Nepal berikutan kerja-kerja penyelenggaraan yang masih berjalan di Stadium Dasharath, Kathmandu.