Angka korban serangan Israel di Gaza meningkat kepada 48,515 orang

Iklan
Bangunan yang musnah digambarkan di Jabalia di utara Semenanjung Gaza. Foto Bashar Taleb/AFP

GAZA - Sumber perubatan mengumumkan pada Rabu bahawa jumlah kematian di Gaza telah meningkat kepada 48,515, dengan majoritinya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita, sejak bermulanya serangan tentera Israel pada 7 Oktober 2023.

Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), jumlah kecederaan telah meningkat kepada 111,941, sejak bermulanya serangan itu, sementara sejumlah mangsa masih berada di bawah runtuhan, dan pasukan ambulans serta pertahanan awam tidak dapat sampai ke lokasi itu.

Iklan
Iklan

Mereka mengesahkan bahawa 12 rakyat Palestin yang terkorban dan 14 yang cedera telah dibawa ke hospital-hospital di Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas. - Bernama