Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
Iklan
R Elaango (tengah) mengaku bersalah dan dikenakan denda di Mahkamah Majistret, pada Rabu.
JOHOR BAHRU – Seorang penganggur dan ibu tunggal mengaku bersalah di dua mahkamah di sini pada Rabu atas pertuduhan menyiarkan video berkaitan pertubuhan menyalahi undang-undang di TikTok, awal bulan ini.
Di hadapan Majistret A Shaarmini, R Elaango, 33, didakwa menyiarkan dokumen berbentuk video di dalam TikTok miliknya bagi kepentingan sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang iaitu Geng 36, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada kira-kira jam 11.30 malam pada 3 Mac lalu.
Iklan
Iklan
Sementara di hadapan Hidayatul Syuhada Shamsuddin, ibu tunggal Tan Lee Sim, 41, didakwa menyiarkan dokumen berbentuk video di dalam TikTok miliknya bagi kepentingan sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang iaitu Geng 04, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada kira-kira jam 11.30 malam pada 3 Mac lalu.
Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.
Iklan
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Afiqah Musa dan Nevina Ravichandran.
Peguam Mu'adz Zulkarnain yang mewakili kedua-dua tertuduh meminta kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman yang minima kerana menanggung keluarga.
Iklan
"R Elaango sedang mencari pekerjaan dan menanggung ibunya. Manakala Lee Sim yang bekerja di kilang perlu menanggung anak berusia 17 tahun dengan pendapatan sekitar RM1,800 sebulan," ujarnya.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,500 terhadap R Elaango, jika gagal bayar akan dipenjara dua bulan, manakala Lee Sim didenda RM2,000 sekiranya gagal bayar akan dipenjara enam bulan.
Sebuah syarikat membuat dan menjual perabot serta dua ahli lembaga pengarahnya dihadapkan ke mahkamah atas 58 pertuduhan gagal membayar cukai jualan membabitkan jumlah keseluruhan RM320,337.84.
Syarikat tersebut, Seng Cushion Sdn Bhd bersama dua pengarahnya, Ng Eng Chen, 64 dan Lim Paik Eng, 62 didakwa gagal membayar cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai antara tahun 2019 hingga 2024.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769501/berita/semasa/dua-pengarah-syarikat-perabot-didakwa-gagal-bayar-cukai-jualan-lebih-rm320000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.