40 minit alihkan kereta parkir bertindih

Iklan
Sebuah kereta yang diparkir secara bertindih terpaksa dialihkan beramai-ramai bagi membolehkan kenderaan pengguna yang terhalang meneruskan urusan masing -masing.

PUTRAJAYA - Sekumpulan lelaki terpaksa mengalihkan sebuah kereta beramai-ramai disebabkan kenderaan itu menghalang laluan keluar dari kawasan parkir di Dataran Putrajaya pada Isnin.

Video berdurasi 20 saat itu dimuat naik di sebuah akaun TikTok menunjukkan kereta berkenaan yang diparkir secara bertindih terpaksa dialihkan secara manual kerana pengguna lain hendak pulang berbuka puasa dan bersolat maghrib.

Iklan
Iklan

Difahamkan, pemilik kenderaan itu gagal muncul menyebabkan orang ramai yang terhalang terpaksa mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengalihkan kereta terbabit.

Malah ada di antara pengguna yang terpaksa membatalkan tempahan berbuka disebuah restoran gara-gara sudah terlambat.

Iklan
Iklan

Tidak kurang mereka yang membantu turut merungut kerana terpaksa berbuka dengan air mineral disebabkan sikap tidak bertanggungjawab individu itu.