KUALA KANGSAR - Empat anggota polis cedera dengan seorang daripadanya parah selepas van dinaiki terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pada Selasa.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.45 petang melibatkan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Kedah.
Kenderaan polis tersebut dikatakan hilang kawalan ketika menuruni bukit dalam keadaan hujan, sebelum terbabas sendiri dan terbalik di bahu jalan lebuh raya.
Kenderaan jenis van milik PDRM terbabas sebelum terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Kuala Kangsar pada Selasa. Foto PLUS
Iklan
Mangsa parah merupakan pemandu, manakala tiga yang cedera adalah penumpang hadapan dan belakang kenderaan.
Plus Malaysia Berhad (PLUS) menerusi aplikasi X memaklumkan, insiden telah mengakibatkan lorong kiri terhalang, namun keadaan trafik adalah terkawal.
Iklan