Nelayan keluar laut bersendirian ditemui lemas
Iklan
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
GEORGE TOWN - Seorang nelayan tempatan yang dilaporkan hilang selepas keluar ke laut bersendirian ditemui lemas dalam operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) di perairan Pulau Tikus, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 10.30 pagi Isnin daripada seorang nelayan yang juga rakan mangsa.
Iklan
Iklan
Mayat mangsa ditemui pada jam 11.15 pagi Selasa oleh pasukan penyelamat.
Menurutnya, berdasarkan laporan, mangsa yang berusia 59 tahun keluar ke laut menaiki sampan pada kira-kira jam 7 pagi Isnin sebelum dipercayai terjatuh ke dalam laut.
"Operasi Carilamat segera dilancarkan dan pada jam 11.15 pagi tadi, pasukan penyelamat berjaya menemukan mayat mangsa di perairan 2.9 batu nautika utara Tanjung Bungah.
Iklan
"Siasatan awal mendapati mayat mangsa lengkap berpakaian baju sejuk hitam berjalur merah serta seluar sukan hitam. Tiada kesan kecederaan mencurigakan ditemui,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau menambah, pengecaman mayat telah dilakukan oleh waris sebelum mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat dan operasi Carilamat ditamatkan pada jam 12.20 tengah hari.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>