MEXICO CITY - Sekurang-kurangnya 11 orang maut selepas sebuah bas terbabas lalu terbalik di Lebuhraya Mitla-Tehuantepec, negeri Oaxaca, tenggara Mexico pada pagi Isnin, lapor Xinhua.
Mangsa yang cedera segera dikejarkan ke pusat perubatan berhampiran, dengan dua daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal, menurut kenyataan kerajaan negeri.