2,000 petugas APM bantu mangsa banjir di Borneo

Iklan
APM menugaskan kira-kira 2,000 anggota bagi membantu mangsa banjir di Sabah dan Sarawak.

KAJANG - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menugaskan kira-kira 2,000 anggota bagi membantu mangsa banjir di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, penugasan tersebut membabitkan keseluruhan anggota pasukan termasuk sukarelawan yang berada di dua negeri Borneo berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, jumlah anggota APM di dua negeri itu pada masa ini dilihat bertepatan dengan situasi semasa.

"Buat masa ini, situasi banjir di dua negeri terbabit masih terkawal dan jumlah anggota yang berada di sana sudah memadai untuk mengawal situasi serta membantu mangsa.

Iklan

"Setakat ini, tiada keperluan untuk kita tambah anggota, namun jika terdapat keperluan itu kita (APM) akan pertimbangkan semula untuk menghantar anggota dari Semenanjung," katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas majlis peluncuran Bulan Pertahanan Awam dan Perasmian Wacana Nasional: Struktur serta Hala Tuju Kesukarelawan Malaysia.

Iklan

Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Khairus Masnan Abdul Khalid dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Datuk Khairul Shahril Idrus.

Jumlah mangsa banjir dipindahkan di Sabah berlaku peningkatan mendadak manakala di Sarawak jumlah mangsa mencatat sedikit peningkatan.

Mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,122 orang di lima daerah pedalaman pada awal pagi Isnin, berbanding 3,569 orang mangsa pada malam Ahad.

Sementara itu di Sarawak, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 352 orang di empat PPS pada pagi Isnin, berbanding 347 orang pada malam Ahad.