MoU peruntukan: Mesyuaratlah dahulu, draf boleh dipinda, kata PM
Iklan
Anwar ketika ditemui pemberita selepas majlis Sambutan Hari Hasil ke-29, di sini pada Isnin.
CYBERJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri menempelak Pengerusi Pakatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung syarat Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen PN yang dikatakan terlalu ketat dan tidak adil.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ruang perbincangan antara kerajaan dan pembangkang berhubung perkara itu sentiasa terbuka.
Iklan
Iklan
"Saya dahulu lima mesyuarat semasa jadi pembangkang. Mesyuaratlah dahulu, draf boleh dipinda. Ini hendak bising di luar sebab apa? Nak jadi hero jalanan, belajar dulu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Hasil ke-29 di sini pada Isnin.
Iklan
Menurutnya, pembangkang sengaja mempermainkan isu berkenaan untuk menarik perhatian sehingga ada mengatakan mereka terpaksa berhutang, sedangkan pendapatan dan elaun setiap ahli Parlimen menjangkau sehingga RM40,000 sebulan.
"Tahu berapa gaji ahli Parlimen, elaun mesyuarat apa semua? RM30,000 hingga RM40,000. Siapa dapat RM30,000 di sini? Tiada.
Iklan
"Jadi, bukanlah tiada wang sama sekali," ujar beliau.
Anwar berkata, peruntukan setiap kawasan Parlimen, termasuk yang dikuasai pembangkang, tetap disalurkan kerajaan kepada rakyat.
"Katalah Tambun itu pembangkang, projek jalan. Cuma, projek itu berjalan terus kepada rakyat atau tanpa melalui cadangan Ahli Parlimen, itu beza dia," katanya.
Beliau berkata, ahli Parlimen bertindak dan memainkan peranannya dengan memberi usul serta cadangan bagi setiap projek yang akan dijalankan.
"Jadi, untuk menyatakan rakyat terbeban itu tidak benar.
"Kedua, menyatakan ahli Parlimen jadi miskin papa kedana itu, saya tak tahu kalau RM40,000 miskin lagi.
"Jadi, kita dengar syarahan mereka di Parlimen seolah-olah kami ini sampai berhutang. Hutang kalau beli kereta banyak, isteri banyak, mungkin kena hutang.
"Kalau tidak, saya fikir tidak perlu hutang," katanya.
Terdahulu, Muhyiddin menjelaskan PN menolak MoU tersebut sebelum ini kerana syarat yang ditetapkan kerajaan disifatkan terlalu ketat dan tidak adil.
Ia seolah-olah perlu menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan hanya untuk mendapatkan sejumlah peruntukan.
Media sebelum ini melaporkan, isu peruntukan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Ketua Jawatankuasa Majlis Perundingan Kerajaan berkata, perkara itu telah dimaklumkan secara bersemuka kepada Syed Saddiq selepas bekas Menteri Belia dan Sukan itu secara prinsip telah menyatakan persetujuan bagi syarat-syarat ditetapkan kerajaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>