Warga emas maut tercampak dari Honda Civic di LPT2
Iklan
Seorang wanita warga emas maut manakala tiga ahli keluarganya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas. Foto polis
HULU TERENGGANU - Seorang wanita warga emas maut manakala tiga ahli keluarganya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 381.1 arah utara Lebih Raya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, akibat kejadian itu mangsa berusia 60 tahun yang memandu kereta tersebut telah tercampak keluar dari kenderaan berkenaan dan maut di lokasi kejadian.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta Honda Civic di lokasi tersebut kira-kira jam 1 petang.
"Hasil siasatan mendapati kereta dipandu mangsa bersama dua orang anaknya masing-masing berusia 18 dan 20 tahun beserta seorang anak saudaranya berumur lima tahun.
Iklan
"Kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kerteh menuju ke Kolej Bestari di Setiu. Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu wanita tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas.
"Kemudian ia terbalik sehingga menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kereta berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.
Iklan
Susulan dari kemalangan itu, Sharudin berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala kesemua penumpang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat.
Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder"><meta itemprop="description" content="Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder
Lelaki yang memandu secara melulu sebuah kenderaan persendirian menggunakan tulisan 'Bomba' sehingga tular di media sosial dikenal pasti menghidap penyakit bipolar disorder atau gangguan kesihatan mental sejak kira-kira sembilan tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai menangguhkan rawatan yang perlu diambil sejak lebih kurang dua tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802456/berita/semasa/lelaki-pandu-kereta-bertulisan-bomba-menghidap-bipolar-disorder
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesmenyamarpenjawatawam #PDRM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-29T06:50:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrxgfm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrxgfm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrxgfm"></script>