MELAKA - Terbantut hasrat menikmati roti bakar dengan teh tarik selepas diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menjalankan penguatkuasaan kaki ponteng puasa yang tidak menghormati Ramadan pada Sabtu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman berkata, seramai dua individu berusia 50 dan 51 tahun ditahan dalam ops terjah dijalankan sekitar Bukit Rambai di sini.
Menurutnya, kedua-dua individu itu menggunakan alasan tidak boleh berpuasa kerana bekerja sebagai buruh binaan.
"Depan kedai tutup tapi pelanggan dipercayai masuk dari pintu belakang dan makan di dalam kedai.
"Sementara bagi kesalahan kedua dan berulang, pelaku boleh dikenakan denda maksima sehingga RM2, 000 atau penjara setahun atau kedua-duanya," katanya ditemui pada operasi berkenaan.
Katanya, pada tahun lalu, seramai 13 individu ditahan menerusi operasi sama sementara pada tahun ini sebanyak lapan tangkapan dibuat menerusi 11 operasi membabitkan pemeriksaan ke atas 127 premis setakat ini.
Beliau menyeru orang ramai untuk menghormati bulan Ramadan dengan mematuhi peraturan ditetapkan.
"Mungkin ada yang tidak boleh berpuasa atas pelbagai faktor seperti tak sihat dan uzur.
"Mereka boleh beli makanan tapi makan di rumah, dan tidak boleh makan di tempat awam atau terbuka.
"Mereka faham hukum agama dan peraturan tapi tetap buat juga jadi perlu terima hukuman ditetapkan," katanya.
End