Jasad ibu, anak ditemui berpelukan selepas dihanyutkan banjir

Iklan
Sehingga kini, masih terdapat lima lagi mangsa dilaporkan hilang akibat kejadian tanah runtuh.

JAKARTA - Tragedi memilukan menimpa seorang ibu dan anaknya apabila jasad mereka ditemukan dalam keadaan berpelukan selepas dihanyutkan banjir kilat di Kampung Gumelar di sini pada Khamis lalu.

Mangsa, Santi Alias Zahra, 40, bersama anaknya, Nurul, 3, ditemui pasukan mencari dan menyelamat dalam keadaan tidak bernyawa selepas tertimbus di timbunan sisa runtuhan.

Iklan
Iklan

Ketua Operasi Pejabat Mencari dan Menyelamat Jakarta, Ahmad Rizkiansyah berkata, operasi mencari dijalankan sejak awal pagi Jumaat susulan banjir kilat yang melanda kawasan tersebut.

"Alhamdulillah, sekitar jam 1.30 pagi (Jumaat), kedua-duanya berjaya ditemukan dalam keadaan yang amat menyayat hati. Mereka ditemui saling berpelukan, menggambarkan kasih seorang ibu yang cuba melindungi anaknya di saat akhir,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, menurut keterangan saksi di lokasi kejadian, kedua-dua mangsa masih berada di dalam rumah ketika paras air Sungai Cipalabuan naik dengan arus deras akibat hujan lebat.

Ketika air mula melimpah masuk, mereka dipercayai terjatuh sebelum dihanyutkan.

Iklan

Tambah Ahmad, operasi mencari masih diteruskan kerana lima lagi mangsa dilaporkan hilang akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku susulan banjir.

"Usaha menyelamat berdepan cabaran kerana akses ke lokasi kejadian masih terhalang akibat runtuhan tanah,” jelasnya.

Banjir kilat yang melanda kawasan tersebut telah menyebabkan kemusnahan besar, termasuk runtuhan rumah dan tanah, sekali gus menyukarkan pasukan penyelamat menjalankan operasi dengan lancar.

Pihak berkuasa juga terus berusaha memastikan mangsa yang masih hilang dapat ditemukan secepat mungkin.