JAGUH berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang berjaya menamatkan kemarau pingat pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia kali ke-39 selepas meraih pingat emas dalam acara pecut individu di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia, hari ini.
Pelumba kelahiran Terengganu itu meraih pingat emas kelima dalam kerjayanya selepas memenangi emas dalam acara berkenaan pada edisi 2008, 2009, 2014 dan 2017.