Lantai bangunan runtuh, wanita parah dihempap konkrit

Iklan
Runtuhan lantai di tingkat satu menyebabkan seorang wanita parah akibat dihempap dalam kejadian di sebuah premis di Jalan Segama, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Seorang wanita parah akibat dihempap runtuhan simen konkrit dalam kejadian runtuhan bangunan melibatkan sebuah restoran di Jalan Segama, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa berusia 55 tahun dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) sebaik berjaya dikeluarkan dari runtuhan konkrit tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ordine Gilu berkata, seramai 13 anggotanya dikejar ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu.

Seorang wanita parah akibat dihempap runtuhan simen konkrit dalam kejadian runtuhan bangunan melibatkan sebuah restoran di Jalan Segama, di sini pada Jumaat.

"Menurut laporan, berlaku runtuhan lantai di tingkat satu bangunan tersebut dan terdapat seorang wanita dihempap dalam runtuhan itu.

Iklan

"Mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya lagi, pasukan bomba yang tiba di lokasi segera melakukan pemeriksaan dan mengarahkan orang awam mengosongkan bangunan tersebut.

Iklan

"Selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi tersebut, operasi kemudian ditamatkan pada jam 9.38 malam," katanya.