AEON Bank cetus minat terhadap perbankan digital Islamik

Iklan
Aniq Muhai dan panelis Ustaz Wan Rumaizi dan Ustaz Ibrahim ketika Dialog Shariah Live!.

GOMBAK- AEON Bank memberi tumpuan kepada penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai salah satu strategi dalam memperluas pemahaman dan akses kepada perbankan digital Ismalik dalam kalangan generasi muda.

Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Syariah AEON Bank (M) Berhad, Ustaz Wan Rumaizi Wan Husin berkata, sasaran terhadap penuntut IPT itu berdasarkan keperluan generasi muda yang mahukan kemudahan digital tanpa mengetepikan prinsip syariah.

Iklan
Iklan

"Dengan memperkenalkan perbankan digital Islamik yang mudah diakses, kami ingin memastikan pelajar IPT dapat menggunakan servis perbankan digital dengan mudah dan selamat, lantas membantu mereka dalam mengurus kewangan dengan lebih efisien serta patuh syariah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Jaulah Iftar Pelajar bersempena panel dialog Shariah Live! dengan topik ‘Digital Banking 101’ yang ditaja oleh AEON Bank (M) Berhad di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, pada Isnin.

WAN RUMAIZI

Iklan

Program itu dihoskan oleh personaliti terkenal, Aniq Muhai bersama panelis Ustaz Wan Rumaizi dan Ketua Pegawai Eksekutif Syariah AEON Bank (M) Berhad, Ustaz Ibrahim Mohd Hasan dan ia telah dihadiri hampir 700 penuntut serta pensyarah UIAM.

Ditanya mengenai pemilihan UIAM sebagai lokasi program tersebut, Ustaz Ibrahim menjelaskan, ia berdasarkan beberapa faktor terutama reputasi universiti itu sebagai peneraju pendidikan kewangan Islam di Asia Tenggara.

IBRAHIM

Iklan

Menurut beliau, kerjasama dengan UIAM dijangka memacu melahirkan lebih banyak pembangunan inovasi kewangan digital berteraskan syariah.

"Selain itu, kami mahu memastikan para pelajar memahami bahawa perbankan digital bukan kemudahan teknologi tetapi ia juga perlu mematuhi prinsip muamalat Islam.

"Produk kami direka untuk semua rakyat Malaysia termasuk komuniti B40 dan pelajar yang mungkin menghadapi halangan untuk mengakses perkhidmatan perbankan,” katanya.

Sebahagian penuntut UIAM yang menyertai Jaulah Iftar Pelajar sempena Panel Dialog Shariah Live! di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pada Isnin.

Dalam sesi tersebut, panelis turut berkongsi mengenai kepentingan perbankan digital Islamik dan kelebihan serta ketulusan perbankan beretika yang ditawarkan oleh AEON Bank sebagai bank digital Islam pertama di Malaysia.

Perbincangan itu mendapat perhatian penuntut UIAM yang ingin memahami lebih lanjut mengenai konsep perbankan Islam di era digital.

Gabungan teknologi kewangan (fintech) terkini

Ustaz Wan Rumaizi dan Ustaz Ibrahim turut menjelaskan setiap produk AEON Bank melalui proses terperinci oleh Jabatan Syariah dan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Syariah sebelum pengesahan akhir oleh Bank Negara Malaysia.

"Keunikan produk dan perkhidmatan perbankan digital yang kami tawarkan terletak pada gabungan teknologi kewangan digital terkini dengan kawalan ketat prinsip muamalat Islam yang diharapkan dapat memenuhi keperluan generasi muda yang semakin celik digital serta menitikberatkan nilai- nilai syariah,” kata Ustaz Ibrahim.

Aplikasi perbankan digital AEON Bank mesra pelanggan

Selain sesi perkongsian ilmu, AEON Bank turut menawarkan hadiah eksklusif AEON Bank kepada mereka yang membuka Akaun Simpanan-i menerusi aplikasi mudah alih AEON Bank.

Para pelajar hanya perlu memuat turun aplikasi AEON Bank dan melengkapkan proses pendaftaran bagi melayakkan mereka untuk menuntut hadiah mereka di reruai pendaftaran yang disediakan.

Seorang penuntut Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) UIAM, Najah Nasuha Amzah, 24, berkata, sesi dialog itu secara tidak langsung menambah pengetahuannya tentang konsep kewangan digital patuh syariah.

NAJAH NASUHA

"Saya mendapat pengetahuan lebih meluas mengenai bagaimana AEON Bank memastikan setiap transaksi menepati prinsip syariah dari pembangunan produk dan aplikasi hingga kepada kelulusan produk.

"Penekanan terhadap pendidikan generasi muda tentang perancangan kewangan patuh syariah ini sangat relevan untuk kami dalam era digital ini.

"Selain ilmu, kami amat berbesar hati kerana melalui sesi Dialog Shariah Live!, kami dapat berbuka puasa beramai-ramai,” ujarnya.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Psikologi, Adam Danial Muhamad Sukri, 23, memberitahu sesi panel dialog tersebut memberikannya pendedahan praktikal tentang integrasi prinsip perbankan Islam dalam teknologi kewangan.

ADAM DANIAL

"AEON Bank telah meyakinkan saya akan kepentingan dan kelebihan perbankan patuh syariah. Saya kini lebih yakin untuk menggunakan aplikasi perbankan digital AEON Bank,” ujarnya.

AEON Bank melakar sejarah pada Mei 2024 dengan pelancarannya sebagai bank digital Islamik pertama di Malaysia.

Kini, AEON Bank menawarkan produk dan perkhidmatan digital Perbankan Peribadi, termasuk Akaun Simpanan-i, Kad Debit Visa AEON Bank-i, ‘Savings Pots’ dengan ciri-ciri simpanan optimum, perkhidmatan pembayaran digital bersama rakan strategik seperti DuitNow oleh PayNet, pembayaran bil utiliti serta analisis perbelanjaan berasaskan AI.

Selain itu, AEON Bank turut memperkenalkan Neko Missions, program ganjaran interaktif pertama di Malaysia, serta program kesetiaan Mata Ganjaran AEON yang diintegrasikan dalam ekosistem runcit AEON.

Dalam masa terdekat, AEON Bank juga akan memperkenalkan lebih banyak produk Perbankan Peribadi (Personal Banking) dan perkhidmatan Perbankan Perniagaan (Business Banking) bagi memberi perkhidmatan kepada usahawan tempatan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia, bagi membolehkan mereka berkembang maju dalam landskap perniagaan omnichannel yang semakin kompetitif.

Dengan memanfaatkan ketangkasan natif awan serta DNA kewangan patuh syariah, AEON Bank turut mengutamakan perlindungan data pelanggan dan keselamatan perbankan mudah alih melalui teknologi perlindungan Mobile Security Platform (MSP).

AEON Bank akan terus menghasilkan produk baharu demi memberi perkhidmatan kepada demografik yang lebih luas, sambil memfokuskan kepada pengalaman digital yang mesra pengguna serta interaksi pelanggan dalam talian (online customers touchpoints).

Sebagai sebahagian daripada Kumpulan AEON yang telah berada di Malaysia selama lebih 40 tahun, AEON Bank komited untuk membina masa depan kewangan yang lebih inklusif, membantu rakyat mencapai kebebasan ekonomi dan menyumbang kepada industri perbankan Islam yang berasaskan fintech di rantau ini, serta mengembangkan ekonomi digital negara.

Untuk maklumat lanjut tentang bank digital Islam pertama Malaysia ini, layari laman web rasmi AEON Bank atau imbas Kod QR di bawah untuk memuat turun aplikasi AEON Bank.