Pemandu lori sentuh punggung bini orang didenda RM3,500

Iklan
Seorang pemandu lori yang menyentuh punggung isteri orang didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di Seremban pada Jumaat. Gambar hiasan

SEREMBAN - Padah menyentuh punggung isteri orang, seorang pemandu lori didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Majistret, Nurul Saqinah Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap P Ghanapathy, 23, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Iklan
Iklan

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara lima bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 28 tahun dengan niat mencabul kehormatan iaitu dengan menyentuh bahagian belakang punggung sebanyak dua kali.

Iklan

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda, atau dengan sebat.

Iklan

Mengikut fakta kes, tertuduh telah menyentuh punggung mangsa ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumah.

Mangsa yang ketakutan telah berhenti di kawasan stesen minyak dan menunggu kira-kira 10 minit sebelum memutuskan untuk pulang.

Bagaimanapun mangsa yang melihat tertuduh masih berada di situ telah menghampirinya dan mempersoalkan tindakan tersebut.

Tertuduh tidak memberi jawapan sebaliknya menyentuh sekali lagi bahagian punggung mangsa dan terus berlalu pergi.

Timbalan Pendakwa Raya, Norshafatihah Nor Azmi meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana mangsa telah trauma dengan kejadian itu.

Tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon hukuman denda minimum kerana ini adalah kesalahan pertamanya selain berpendapatan RM1,500 sebulan dan menanggung ibu bapa.