Pengusaha kraftangan Khatijah Aziz, 50, menunjukkan sebahagian produk kraftangan berasaskan tempurung kelapa hasil buatan tangan suaminya Abd Ghani Nikman, 48, ketika ditemui di Teratak Hijau Kraft Kampung Tanjung Aru baru-baru ini.
Bermula dengan hobi, pemilik perusahaan Teratak Hijau Kraft itu mengambil keputusan menjalankan perniagaan hasil seni kraf tangan daripada tempurung kelapa.
Menurut Abd Ghani yang lebih mesra disapa Wak Ghani, beliau lebih gemar menggunakan kelapa pandan yang mana struktur tempurungnya lebih sesuai digunakan untuk menghasilkan reka bentuk yang sulit.
Setakat ini, beliau telah menghasilkan lebih 30 jenis kraftangan berasaskan tempurung kelapa, antaranya replika pokok kelapa yang menjadi simbolik kepada Labuan, semut, burung hantu, pasu bunga, acuan tepung cendol dan tabung.
Pihaknya turut mendapat tawaran membekalkan produk kraftangan kepada agensi kerajaan seperti Perbadanan Labuan, Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Wilayah Persekutuan.